Belajar..

Kata nasihat agama dan syair:

~ Imam Al-Junaed rahimahullah mengatakan..

“Pejalan dari dunia ke akhirat merupakan anak panah yang ringan bagi seorang Mukmin. Hal yang berat adalah mengabaikan makhluk dan bersimpuh di sisi Al-Haqq. Lebih berat lagi, perjalanan dari nafsu diri menuju kepada Allah. Namun, hal yang terberat adalah sabar bersama Allah.” Imam Al-Junaed juga mengatakan, “Sabar adalah menelan kepahitan tanpa bermuka masam.”

--Dikutip dari kitab Al-Ghunyah Lithalibi Thariq Al-Haqq, karya Syekh Abdul Qadir Al-Jailani


Hidup ini adalah satu ujian.. oleh itu sedarlah wahai insan, ujian akan menemani kita di setiap langkah dan hembusan nafas. Sehinggalah kita dipanggil pulang

Ingatlah bahawa tidak ada sesuatu pun yang menimpa kita melainkan di dalamnya terselit hikmah.

Moga sentiasa kuat dan tabah mendepani pancaroba. Usah dikotori kejernihan hati dengan kebencian. Moga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah🏒
As salam..

Comments

Popular posts from this blog

Syair.